JAHAT PUNYA MAKCIK !
ya , saya point dekat awak MAKCIK !
Tuesday, May 15, 2012
Friday, January 6, 2012
New New New !
Assalamualaikum
Selamat Tahun Baru , dah masuk tahun 2012 dah .Maknanya dah nak dekat 16 tahun aku duduk dekat bumi ni ,Alhamdulillah . Dah lama tak post entri , malas punya pasal lah :) Insya'allah tahun ni pun malas lagi nak post entri banyak-bnayak . Busy ouhh ^ ^ .
Tahun lepas aku dapat result PMR yang okay jugak lahh walaupun tak dapat straight A's tapi ada jugak A . Okay what ! Ni perspektif daripada aku lah sebab aku yang berusaha and aku yang belajar kan so , aku boleh nilai diri aku sendiri :) Tak gituuu ?
Tahun lepas aku dapat result PMR yang okay jugak lahh walaupun tak dapat straight A's tapi ada jugak A . Okay what ! Ni perspektif daripada aku lah sebab aku yang berusaha and aku yang belajar kan so , aku boleh nilai diri aku sendiri :) Tak gituuu ?
Then , tahun ni aku naik kelas :) HOHO so happy beb ! and and and tahun ni jugak aku tak pindah sekolah lagi . Tak macam tahun tahun lepas , tiap-tiap tahun aku kena pindah sekolah oleh sebab-sebab yang munasabah yaa bukan sebab aku ni buat masalah dekat sekolah :P
About my family , tahun ni kakak aku masuk PLKN dekat Muadzam Shah , Pahang . Jauh lah jugak dari Batu Pahat ni . Aku dah tak kesah sanagt kalau dia pergi jauh-jauh lelama sebab aku dah biasa . Dia budak asrama so , kira Standard lah tu kalau duduk satu-satu tempat tu lama-lama .
#Lawak ? okay , senyap :P
LAST SEKALI
#Ni semasa aku pergi Motivasi Kembara MAP,
ada Dr. Tengku Asmadi :)
Okay , see yaa !
Dengar lagu kegemaran aku ni !
#love Myself !
Saturday, November 12, 2011
Please hit the button LIKE
Assalamualaikum , Nak mintak tolong just hit the button LIKE ea
Friday, October 28, 2011
Kesedaran
boyfiee saya =B
Assalamualaikum sayang . You all my sayang tahu tak tapi mamat Kacak atas ni lagi aku sayang GILA . Okay , dah lama aku tak update . Sedar tak ? semestinya lah anda sedar kan sebab anda kan STALKER .
Perkara yang aku sedar berlaku ialah :
- Aku belum letak gambar aku pakai braces kann ? Setahu aku , aku cuma buat entri sebelum aku pakai braces sahaja . Kira macam dah KETINGGALAN ZAMAN lah aku ni . Takesah lah ,janji aku letak sekarang kann .
abaikan mata tu :)
- Aku baru sedar yang Cinta Muka Buku(bukan lagu Najwa Latif tu ) tak selalu nya Best macam lagu Najwa Latif .Tapi semua nya akan jadi indah kalau anda tidak CEMBURU , TERTIPU , TERPEDAYA dengan komen-komen atau status-status pasangan anda dengan orang lain . Mungkin mereka hanya teman biasa yang sering bermanja-manja , bergurau-gurau , bermesra-mesra sesama mereka . Dekat Laman Sosial je kott bukan BERMESRA dan BERMANJA betul-betul . So , better you all behave apabila baca pasangan anda punya WALL .
- Aku baru sedar lagi 2 bulan lebih sahaja aku akan masuk TINGKATAN 4 . WhatTheHell beb! rasa macam baru sekejap je FORM3 ,takan nak masuk FORM4 pulak . Okay , beban. TETAPI yaa , aku ada satu perasaan yang pelik iaitu aku EXCITED nak masuk Universiti/Kolej . HAHA , pelik kan ? yaa , really WEIRD :)
Okay , cukup lah untuk harini , BYE :))
Nanti tengok lah dekat Picture ni :)
Life Must Goes On
Saturday, August 6, 2011
JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2011
Thursday, August 4, 2011
Cinta Selepas .......
Hai sayang dan Assalamualaikum . hari ini nak kongsikan satu artikel yang aku terjumpa dekat ILuvIslam<------klik ini * perkara yang selama ini aku tertanya-tanya telah pun aku temui ,Alhamdulillah !
Perkara ini memang berguna dan sesuai untuk sesiapa yang masih mencari Cinta yang suci lagi halal di sisi Allah S.W.T(kepada yang sudah besaa laa ) . Kisah ini tidak pernah aku lalui , tapi aku terasa ingin melaluinya . Untung bukan siapa yang pernah melalui kisah ini , mungkin mereka sedang bahagia saat ini bersama pasangan masing-masing ^___^. Bila laa time aku kan*berangan jee aku nii*. kuikui .sudaa-2 , korang baca jelaa artikel tuu . Kalau korang nak baca yang Original ,baca lah dekat IluvIslam .
Perkara ini memang berguna dan sesuai untuk sesiapa yang masih mencari Cinta yang suci lagi halal di sisi Allah S.W.T(kepada yang sudah besaa laa ) . Kisah ini tidak pernah aku lalui , tapi aku terasa ingin melaluinya . Untung bukan siapa yang pernah melalui kisah ini , mungkin mereka sedang bahagia saat ini bersama pasangan masing-masing ^___^. Bila laa time aku kan*berangan jee aku nii*. kuikui .sudaa-2 , korang baca jelaa artikel tuu . Kalau korang nak baca yang Original ,baca lah dekat IluvIslam .
Setelah sekian lama hidup dibelenggu rasa cinta nafsu, hidup sebagai remaja yang tidak ada hala tuju matlamat kehidupan. Saya disedarkan oleh Allah S.W.T dengan hidayah dan limpahan kasih-Nya.
Syukur kehadrat Allah Taala yang selalu mencintai kita dan mengasihi kita. Indahnya juga hidup yang penuh dengan syariat dan landasan hukum dan garisan keimanan. Entah bagaimana lagaknya hidup ini jika terus dilimpahi nafsu yang tidak berkesudahan.
Lumrah kehidupan ingin berkasih sayang. Lumrah sebagai remaja ingin ada pendamping. Tanyalah kepada siapapun, remaja utamanya, apa erti cinta?
Bagi mereka, cinta itu indah. Cinta itu lazat. Pelbagai tafsiran tentang cinta jika ditanya kepada para remaja di luar sana. Begitu da'if pendapat mereka tentang cinta. Saya, salah seorang daripada pencinta yang suatu ketika dahulu hanya memikirkan tentang keseronokan, kesunyian, hiburan dan teman-teman. Tidak ada cinta bersandarkan agama dalam jiwa. Jauh sekali mengingati dengan Dia yang memberikan rasa cinta itu.
Bukan mudah menerima tamparan dalam hidup bagi remaja yang putus cinta. Rasa mahu bunuh diri, menjauhkan diri dari kelompok manusia lain, sehingga terfikir mahu membunuh seseorang!
Inilah penyakit nafsu dan derita hati. Hati dan nafsu tidak bersandarkan akal. Allah S.W.T telah memberikan kita akal, iaitu salah satu kelebihan yang tidak ada pada hidupan lain. Sebagai manusia, kita sepatutnya menggunakan akal 100% dalam kehidupan. Allah S.W.T berfirman :
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan (pada) pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal." [Surah Ali 'Imran 3 : 190]
Saya sudah bernikah dengan seorang lelaki yang tidak saya kenali. Setelah putus cinta dengan lelaki yang dahulunya amat saya cintai (cinta yang tidak berlandaskan agama Allah). Saya membuat keputusan untuk bernikah kerana akal. Setelah berfikir dan menganalisis segala dosa dan kesalahan yang pernah saya lakukan, saya menunaikan umrah pada usia yang muda (25 tahun) dan pada waktu itu, tidak ada lain melainkan saya mencari reda Allah S.W.T dalam cinta yang terlalu saya inginkan. Setelah menunaikan solat hajat beberapa malam berturut-turut dan saya membaca Surah Yaasin beberapa malam berturut-turut (atas nasihat seorang ustaz di kampung halaman, imam masjid yang juga sahabat baik ayahanda tercinta).
Hakikatnya, segala yang kita inginkan dalam dunia ciptaan-Nya ini perlu kita mohon daripada-Nya. Tidak ada kuasa lain yang Maha Memberi kecuali Dia. Saya berdoa bersungguh-sungguh, memohon sebuah cinta yang suci dan tidak berlandaskan nafsu. Kuasa Allah Taala tidak siapa yang tahu.
Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang sedang menyambung pelajaran di Australia. Setelah tiga hari berbalas mesej, mesej yang hanya bertanya khabar dan bertanya tentang kerja-kerja dan pelajaran, timbul persoalan tentang perkahwinan. Jawab saya, hanya bonda dan ayahanda bisa menjawab tentang pernikahan. Lalu, dihantar kedua ibu dan bapanya merisik pada Jun 2010. Maka termetrailah ikatan janji pernikahan Disember 2010.
Sekelip mata, zat Yang Esa sangat saya kagumi. Tidak pernah terlintas dalam hati ingin bernikah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Dalam hati berniat, biarlah jalinan cinta terukir setelah ijab dan qabul diucap dan dibalas.
Tidak terkata betapa cerianya saya ketika hari berlangsungnya pernikahan. Tidak sedikitpun hati berdetak ragu dengan cinta dan kasih pemberian Allah Taala ini. Hakikatnya, cinta suci dan halal ini lebih indah untuk kita kecapi.
Saya sebagai insan yang lemah, pernah melakukan dosa dan diri masih dihinggapi noda silam. Saya ingin menyeru kepada semua remaja yang masih belum ada pasangan halal, ketahuilah, cinta sebelum bernikah, yang melanggar prinsip Allah S.W.T, merupakan jalan hidup yang sia-sia.
Tidak ada konsep cinta kekasih dalam Islam. Jika sahabat-sahabat sekalian seorang yang sangat beriman, dan dapat menjaga batas dalam pergaulan cinta lelaki dan perempuan, tahniah saya ucapkan! Jangan sekali-kali mendekati zina! Biarpun zina hati!
Jika tidak mampu mengikut sunnah dan ajaran Islam dalam memupuk cinta, berhentilahdaripada menjalin cinta yang membawa dosa dan noda. Katahuilah, jodoh itu ada dalam tangan Allah S.W.T. Berdoalah, kerana doa itu senjata terakhir untuk mengubah takdir dan haluan hidup kecuali satu, iaitu mati.
Percayalah, cinta suci yang sepatutnya kita agungkan selain cinta Allah dan Rasul adalah cinta suami. Ia merupakan cinta agung buat semua wanita dan gadis. Tidak ada dosa, tidak ada haram dalam cinta itu selagi menjadi isteri yang solehah.
Sentuhlah tangannya, Pahala. Ciumlah pipinya, Pahala. Layani kehendaknya, Pahala. Ucapkan kata rindu dan kasih diiringi senyuman mesra, Pahala. Berlembut suara bermanja, Pahala! Apa lagi yang ingin kita cari dalam dunia yang semakin uzur ini, wahai sahabatku, para solehah di luar sana? Bukankah pahala yang kita kejar? Bukankah Syurga matlamat kita?
Tidak ada lain melainkan menjadi isteri yang sangat bahagia, itu idaman setiap insan. Bagi teruna soleh, gadis impian yang bakal menjadi suri hidup mereka, menjadi bidadari dalam setiap hembusan nafas zikrullah, subhanallah!
Carilah cinta suci dan cinta agung. Jauhilah cinta nafsu, sesungguhnya cinta nafsu itu melahirkan penzina. Ketahuilah, balasan Allah sangat dahsyat bagi dosa penzina.
"Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman. Dan orang-orang yang apabila membelanjakan(harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah(pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan(alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni)akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina." (Surah al-Furqaan : 66-69).
Segala yang dilakukan menjadi halal bagi kami dan pahala buat bekalan di'sana' nanti. Syukur, sujud dan doa telah Allah kabulkan. Kuasa Allah S.W.T tidak dapat dilawan. Bercintalah, bercintalah, bercintalah! Bercintalah kerana Allah!Dan kini, saya bahagia bercinta kali pertama setelah menjadi isteri kepada suami yang sangat memahami. Cinta suci yang kami bina bermatlamatkan Syurga. Indahnya bercinta selepas pernikahan.
*okay , silalah baca artikel nii ber-kali2 ya . semoga korang pon dapat apa yang korang impikan . Amin~insya'allah .
![]() |
| searching for someone ~ Will you accept me ? |
Tuesday, August 2, 2011
AKU BERSALAH
hari ni macam-macam masalah aku buat . T E N S I O N nya .Macam mana nak selesaikan ni . susah gila ni .
dah la aku takde BESTTIE dekat sini , rasa macam ap daa . Okay , First aku dah wat _______ marah dekat aku sebab aku*tutttt . hoho .( kena rahsia laa beb ). kawan si ______ yang start dulu ,tapi aku pon satu jugak sebab tak jaga rahsia . Okay ,lepas nii tak payah bagi aku RAHSIA apa-apa lagi ! aku takut aku taa jaga RAHSIA korang . berdosa tak aku ? BTW , sorry sangat-sangat dekat _______ sebab aku dah pening kan kepala anda . SORRY once again . ala . time puasa-puasa ni lah nak tension kan kepala hotak . rasa macam kena HENTAK dengan batu pun ada .
# "semalam aku dinoda , aku pasrah " ,kata-kata oarang yang aku sayang !
# sorry to my akak cuz aku daa wat salah ! wuuu~ sedih ni .
dah la aku takde BESTTIE dekat sini , rasa macam ap daa . Okay , First aku dah wat _______ marah dekat aku sebab aku*tutttt . hoho .( kena rahsia laa beb ). kawan si ______ yang start dulu ,tapi aku pon satu jugak sebab tak jaga rahsia . Okay ,lepas nii tak payah bagi aku RAHSIA apa-apa lagi ! aku takut aku taa jaga RAHSIA korang . berdosa tak aku ? BTW , sorry sangat-sangat dekat _______ sebab aku dah pening kan kepala anda . SORRY once again . ala . time puasa-puasa ni lah nak tension kan kepala hotak . rasa macam kena HENTAK dengan batu pun ada .
# "semalam aku dinoda , aku pasrah " ,kata-kata oarang yang aku sayang !
# sorry to my akak cuz aku daa wat salah ! wuuu~ sedih ni .
barney tu comel kan ?
Subscribe to:
Posts (Atom)





